YAKEB komited untuk terus bantu Raduan Emeari
Saufi Tahir
April 3, 2024 20:13 MYT
April 3, 2024 20:13 MYT
Selepas lebih dua minggu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) meneruskan usaha dan kerjasama bersama Astro Arena dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada bekas atlet olahraga negara, Mohamad Raduan Emeari, di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Lumpur semalam.
Dia pernah menyumbangkan lima pingat emas dalam kejohanan Sukan Para Asia buat Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk bersara dan sekadar bekerja di stesyen minyak bagi meneruskan kelangsungan hidupnya.
Presiden YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, optimis yayasan itu akan sentiasa komited dalam memberikan bantuan kepada bekas atlet yang memerlukan pada masa akan datang nanti.
"Raduan kini sedang bekerja di sebuah stesyen minyak dan kami telah membantu dia sejak era pandemik lagi.
"Sekiranya mendapat apa apa sumbangan dia merupakan antara nama yang bakal menjadi penerima bantuan tersebut.
"Kami bersyukur dengan izinNya kami berpeluang untuk membantu bekas atlet yang berada dalam kesusahan dan memerlukan sebagai amanah untuk menjaga mereka.
"Dalam bulan puasa banyak bantuan daripada orang ramai, agensi kerajaan dan swasta yang kami akan hulurkan kepada individu yang memerlukan". katanya.