XCO Helaz Grand Finale Series 3 tarik minat dari seluruh Asia Tenggara

Hanis Natasya
Disember 26, 2024 20:31 MYT
Kejuaraan Mountain Bike (XCO) Helaz Grand Finale Series 3 telah menutup tirainya di lokasi ikonik, Taman Cabaran, Putrajaya.
Penganjuran edisi pertama Helaz Mountain Bike berjaya menarik minat peserta dari seluruh Asia Tenggara, termasuk dari Indonesia dan Filipina.
Setiap memperkenalkan pentas kompetitif bagi setiap kategori umur, bermula dari usia 12 tahun untuk kategori Rookies hingga peringkat Senior, siri Helaz ini turut menerima pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang menyediakan kutipan mata bagi setiap siri.
Menambahkan lagi keterujaan peminat sukan lasak tanah air, Raja Muda Sselangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan untuk menyempurnakan acara pelepasan (flag-off) yang menjadi simbolik kepada perebutan kejuaraan keseluruhan.
Atlet negara yang paling mencuri perhatian sepanjang tiga siri yang dianjurkan adalah Muhammad Shawal Mazlin, yang berjaya menjuarai siri pertama, selain meraih tempat kedua di siri kedua dan ketiga.
Paling membanggakan, Shawal telah dinobatkan sebagai juara kesuluruhan dalam kategiori bawah 23 Tahun, manakala dia meraih naib juara keseluruhan dalam kategori elit setelah tewas kepada Zaenal Fanani dari Indonesia.
Visi dan misi utama penganjuran ini adalah untuk melahirkan atlet berkaliber yang berpotensi diketengahkan ke peringkat kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Latihan yang sempurna mampu buah hasil," kata Zaenal Fanani, juara keseluruhan Helax XCO Mountain Bike
"Saingan kali ini berintensiti tinggi, ia memberikan pengalaman yang luar biasa," kata Shawal.
"Saya menggalakkan semua wanita untuk mencuba sukan moutain bike. Walaupun ia merupakan sukan ekstrem, ia amat menyeronokkan dan penuh dengan cabaran yang mengujakan," kata Paula Yaoyao, juara keseluruhan Helaz XCO Mountain Bike.
#Berbasikal #MTB
;