Evolusi divisyen gusti wanita WWE maju setapak lagi ke hadapan apabila gergasi sukan hiburan itu akan menganjurkan sebuah acara PPV (pay per view) khusus hanya untuk bintang wanita pada 29 Oktober depan.
Pengumuman epik ini dibuat oleh Ketua Pegawai Penjenamaan WWE, Stephanie McMahon bersama suaminya Triple H dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE Vince McMahon di acara Monday Night Raw pagi tadi.
Acara bersejarah yang diberi nama WWE Evolution itu akan bersiaran dari arena Nassau Veterans Memorial Coliseum di New York, dan bakal dipancarkan secara langsung di rangkaian WWE Network.
Menurut Stephanie, lebih 50 bintang wanita WWE dari Raw, Smackdown Live dan NXT akan beraksi di acara tersebut dan semua kejuaraan wanita dari ketiga-tiga jenama turut akan dipertandingkan.
Perlawanan akhir Kejohanan Mae Young Classic juga akan diadakan di acara yang sama bagi menambahkan kehangatan acara yang julung-julung kali diadakan ini.
Cakap-cakap yang mengatakan akan kewujudan semula Kejuaraan Regu Wanita juga dilihat bakal menjadi realiti dengan adanya acara ini, setelah kali terakhir kejuaraan tersebut dipertandingkan pada 8 Jun 1988.
Peminat akan dapat menyaksikan bintang-bintang wanita utama WWE seperti Alexa Bliss, Charlotte Flair, Asuka, Becky Lynch, Nia Jax dan bekas Juara Bantamweight Wanita UFC, Ronda Rousey beraksi di samping beberapa bintang Hall Of Fame seperti Trish Stratus, Lita dan Beth Phoenix di acara yang sama.
Dengan penganjuran acara ini, bintang wanita WWE kini bukan lagi hanya sekadar penghias acara dan halwa mata sahaja. Mereka kini boleh menarik nafas lega kerana peluang dan ruang yang setara dengan bintang lelaki dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bintang lelaki yang telah mendominasi industri ini sejak sekian lama.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Summerslam pada 20 Ogos depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.