Skip to main content

Gusti

WWE Smackdown Live: Peluang setara buat Zayn dan Owens

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wwe-smackdown-100218.jpg
Sami Zayn dan Kevin Owens terpaksa melupakan seketika persahabatan mereka apabila di acara Smackdown Live baru-baru ini.
 
Kedua-dua penggusti Kanada ini bertarung sesama sendiri bagi merebut tempat sebagai pencabar utama Kejuaraan WWE yang disandang AJ Styles.
 
Selepas tewas secara kontroversi di acara WWE Royal Rumble lalu, Pengurus Besar Smackdown, Daniel Bryan sekali lagi memberi mereka peluang untuk merebut kejuaraan tersebut. Maka, Zayn dan Owens perlu membuktikan siapa yang lebih layak antara mereka.
 
Mengulangi perlawanan-perlawanan epik dua sahabat karib ini seperti sebelum ini, perlawanan yang menjadi kemuncak acara Smackdown ini nyata tidak mengecewakan.
 
Kedua mereka dilihat mengenepikan seketika kerjasama erat yang telah dijalin sejak acara Hell In A Cell pada Oktober lalu, demi mendapatkan hak untuk mengikat janji temu dengan Styles di acara WWE Fastlane pada 12 Mac depan.
 
Perlawanan sengit ini menyaksikan kedua-dua bintang menyerlahkan segala kemampuan masing-masing untuk menjatuhkan lawan.
 
Hempasan Blue Thunder oleh Zayn dan Frog Splash oleh Owens nyata masih belum mampu menjadi senjata ampuh untuk menjadi penyudah perlawanan.
 
Juara WWE, AJ Styles yang turut berada di meja pengulas tidak dapat menahan sabar apabila pada satu ketika, Zayn memprovoknya sehingga menyebabkannya naik angin.
 
Kesudahannya, Zayn dan Owens menerima serangan daripada The Phenomenal One, menyebabkan pengadil tiada pilihan dengan menghentikan perlawanan.
 
Natijahnya, Pengurus Besar Smackdown,  Daniel Bryan kemudian mengumumkan yang Zayn dan Owens akan diberi peluang sekali lagi apabila di acara WWE Fastlane kelak, AJ, Zayn dan Owens akan bertarung dalam perlawanan tiga penjuru bagi merebut Kejuaraan WWE.
 
Keputusan perlawanan lain:
 1. Juara Wanita Smackdown Charlotte Flair tewaskan Liv Morgan
2. Bobby Roode pertahankan Kejuaraan Amerika Syarikat dengan mengalahkan Rusev
3. Shelton Benjamin & Chad Gable tumpaskan The Ancension
 
(Foto: WWE.com)
 
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Elimination Chamber dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
 
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

Advertisement

Must Watch Video