Skip to main content

Gusti

WWE Smackdown Live berubah waktu siaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

main-image-sd-live.jpg
Acara mingguan kedua WWE, Smackdown Live akan mengalami perubahan waktu siaran bermula minggu ini.
 
Jika sebelum ini, acara ini ditayangkan setiap Jumaat jam 10 malam, bermula pada hari ini (12 Julai 2018), ia akan ke udara sehari lebih awal iaitu setiap Khamis jam 10 malam melalui Astro Supersport 4 (saluran 817/836).
 
Bagi pengguna Astro Go pula, siaran Smackdown Live juga boleh mula diikuti pada awal pagi Khamis setiap minggu.
 
Perubahan waktu siaran ini akan memberikan akses kepada para peminat WWE khususnya yang cenderung kepada para bintang Smackdown Live untuk menyaksikan acara mingguan kedua terbesar WWE ini lebih awal, iaitu sehari selepas tayangan di Amerika Syarikat.
 
Pastinya para peminat Smackdown Live tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan bintang-bintang hebat jenama ini seperti Juara WWE AJ Styles, Daniel Bryan, Samoa Joe, New Day, Charlotte Flair dan ramai lagi beraksi setiap minggu dalam usaha memberikan saingan yang terbaik kepada jenama pesaing mereka di Monday Night Raw pada setiap malam Selasa.
 
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Smackdown Live jam 10 malam ini di mana 10 bintang bakal beraksi dalam perlawanan regu lima lawan lima di antara Trio Sanity bergandingan dengan Juara Regu Smackdown The Bludgeon Brothers menentang pasangan Daniel Bryan & Kane dan trio The New Day.


 
(Foto: WWE.com)
 
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Extreme Rules pada 16 Julai ini dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
 
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video