WWE
WWE Raw: Ronda Rousey cabar Stephanie di Wrestlemania
Bekas jaguh UFC, Ronda Rousey yang kini mengikat kontrak sepenuh masa bersama WWE, membuat kejutan apabila mengajukan cabaran kepada Pesuruhjaya Raw, Stephanie McMahon untuk perlawanan di Wrestlemania pada 9 April depan.
Pengumuman mega tersebut berlangsung di segmen pembukaan Monday Night Raw semalam apabila Stephanie sekali lagi mengingatkan Pengurus Besar Raw, Kurt Angle agar usah masuk campur berkenaan masalah peribadi antara dirinya dengan Ronda sebelum ini.
Untuk rekod, Kurt mendakwa yang tujuan utama Stephanie dan Triple H membawa masuk Ronda ke WWE hanyalah untuk memanipulasi dan memalukan bekas Juara Bantamweight Wanita UFC itu setelah diaibkan ketika acara Wrestlemania 31 pada tahun 2015.
Iklan
Stephanie menyatakan yang Ronda bebas untuk memilih lawannya di Wrestlemania, asalkan ia bukan untuk perlawanan merebut kejuaraan. Tanpa disangka, Ronda memetik nama Stephanie sebagai lawan pilihan dan ia diberi lampu hijau serta merta oleh Kurt Angle.
Suami Stephanie, Triple H yang tidak bersetuju muncul segera bagi menghalang keputusan tersebut. Situasi bertukar tegang apabila The Game cuba memukul curi Kurt seperti minggu lalu, namun sempat dielak lantas menyebabkan kedua bintang Attitude Era ini bergelut sesama sendiri.
Campur tangan oleh Stephanie juga mengundang padah. Ronda berjaya memberkasnya lantas menghadiahkan satu bantingan Samoan Drop di tengah gelanggang, manakala Triple H pula tidak mampu berbuat apa-apa apabila masih menjerit kesakitan akibat kunci buku lali daripada Kurt Angle.
Di penghujung segmen, Kurt mengumumkan yang di acara Wrestlemania kelak, Ronda Rousey akan bergandingan dengannya dan bakal menentang pasangan suami isteri Stephanie dan Triple H dalam perlawanan regu campuran istimewa.
Keputusan lain:
- Asuka terus kekalkan rekod tanpa kalah dengan menumbangkan Nia Jax.
- The Bar (Sheamus & Cesaro) tewaskan The Revival
- John Cena kalahkan Goldust
- Bayley tumpaskan Mandy Rose
- Braun Strowman benam Elias dalam perlawanan Simfoni Kemusnahan
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Fastlane dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro dan Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Must-Watch Video