KL2017
Wushu: Sukan SEA penuh bermakna buat Diana, Gjeblehem
Jaguh wushu negara, Diana Bong, menyifatkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 cukup bermakna apabila adiknya, Gjeblehem, membuat penampilan buat kali pertama dalam temasya dwitahunan ini.
Saingan hari pertama wushu bermula esok, dengan Diana dan Gjeblehem antara atlet yang paling mencuri tumpuan.
Diana yang pernah meraih emas dalam saingan 2007 di Thailand, 2009 (Laos) dan 2013 (Myanmar), mahu kemunculan terakhirnya di laman sendiri diakhiri dengan keputusan paling manis dalam kariernya.
Iklan
"Saya sangat gembira kerana sebelum ini telah menyertai beberapa edisi Sukan SEA dan paling manis adalah akan bersama-sama adik saya kali ini," katanya.
Tampil buat pertama kali dalam Sukan SEA, Gjeblehem dilihat sebagai tumpuan untuk mencipta kejutan dalam acara nandao.
"Saya banyak menimba pengalaman daripada kakak saya dan ia akan menjadi kelebihan buat diri saya ketika beraksi nanti," katanya.
Lima pingat emas akan dipertandingkan dalam sukan wushu esok, dengan jianshu dan doashu antara yang berlangsung pada sebelah pagi manakala taijijian pada sebelah petang.
Must-Watch Video