Skip to main content

Sukan SEA

Wushu: Eyin turut sumbang pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

phoon-eyin.jpg
Setelah Yeap Wai Kin menghadiahkan pingat emas buat negara bagi kategori qianshu lelaki, atlet wushu wanita, Phoon Eyin, turut menyumbangkan pingat buat negara, namun terlepas emas bagi kategori wanita dalam aksi di Dewan 5, Menara Berkembar Petronas, sebentar tadi.

Biarpun mempamerkan aksi memukau, ternyata Eyin sekali lagi tidak dapat menandingi kehebatan jaguh Vietnam, Duong Thuy Vi, apabila pesaingnya itu mencatat 9.67 mata berbanding Eyin (9.66 mata) sekaligus mengutip perak buat Malaysia.

"Saya sudah cuba memberikan aksi terbaik dalam persembahan.

"Saya sangat bangga dengan sokongan padu daripada penyokong," kata Phoon Eyin.

Semalam, Thuy Vi turut menafikan peluang Eyin untuk meraih emas bagi acara jianshu selepas menggungguli acara itu dengan perbezaan 0.04 mata.

Wakil dari Myanmar, Sandy Oo, meraih gangsa selepas menduduki tangga ketiga dengan 9.65 mata.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video