SUKAN ASIA 2018
Wushu: Aksi di Bulgaria jadi kelibat terakhir Jack Chang
Jaguh wushu negara, Loh Jack Chang, mengumumkan akan bersara selepas Kejohanan Taijijian Dunia di Bulgaria, bulan depan sambil menggalas tugas berat selaku harapan terakhir skuad kebangsaan untuk meraih pingat Sukan Asia apabila menghuni ranking ke-13 taijiquan.
Harapan terakhir negara pastinya diletakkan kepada Jack Chang dalam acara taijijian esok dan bagi pemenang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu, dia bersedia untuk mengharumkan nama negara di Indonesia.
"Ia memang satu tanggungjawab besar dan saya ingin melakukan yang terbaik untuk Malaysia," katanya.
Iklan
Dalam masa sama, Jack Chang tetap dengan pendiriannya untuk bersara selepas tamat aksi di Bulgaria bulan depan.
"Kemungkinan besar saya akan kekal dengan keputusan dan ini adalah aksi terakhir di pentas Sukan Asia.
"Pertama sekali, ia disebabkan oleh kecederaan yang saya alami dan setakat ini, segalanya berjalan lancar."
Must-Watch Video