Skip to main content

Universiade

WUG: Penampilan sulung peluang terbaik Fu Cern buru podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aekwando.jpg
Kem taekwondo negara sudah bersedia sepenuhnya daripada segi mental dan fizikal selepas sesi latihan pertama sebelum memulakan kempen Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025.

Atlit kyorugi kategori flyweight 58kg negara, Fu Cern Put Thai, yang sebelum ini pernah menyumbang pingat gangsa ketika Sukan SEA Kemboja menyifatkan penampilan sulung di pentas WUG sebagai peluang terbaik untuk memburu podium.

"Saya datang ke sini pertama kali, saya teruja dan bersedia untuk bersaing. Sukan SEA juga tidak begini, antara negara adalah Thailand dan Korea Selatan yang sedikit sukar.

"Namun, saya akan memberikan yang terbaik untuk menang," katanya.

Sementara itu, jurulatihnya, Syed Taufiq Syed Abdul Hamid, juga tidak menolak kemungkinan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu pingat dalam kempen kali ini kerana dalam sukan tempur mempunyai pelbagai situasi boleh terjadi pada hari perlawanan.

"Alhamdulilah mereka bebas daripada kecederaan, mereka focus pada kejohanan kali ini. Saya harap mereka dapat lakukan yang terbaik dan raih podium dalam edisi kali ini." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video