Atlet pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir acara 100 meter (m) lelaki dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine Ruhr 2025, selepas membuka aksi dengan catatan masa 10.57 saat (s).
Walaupun terpaksa berlari dalam keadaan hujan dan angin yang kuat, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu tetap tunjuk taring menewaskan Joel Jin Nwamadi dari Korea Selatan dan Nikolaos Dowhos dari Kanada untuk mengungguli saringan ketujuh.
"Ada lagi tenaga yang masih saya simpan belum digunakan sepenuhnya.
"Saya tahu malam ini akan ada dua perlumbaan. Sasaran untuk berada di final Insya-Allah.
"Sedikit terganggu dengan cuaca tetapi itu bukan alasan.
"Saya mahu kekal sihat dan bebas kecederaan dan mendoakan semuanya berjalan lancar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
Sementara itu, atlet 400m negara, Umar Osman yang dalam misi memecahkan rekod kebangsaan miliknya, juga tiada masalah ke separuh akhir selepas menamatkan saringan keempat di kedudukan keempat dengan catatan masa 46.97s.
"Sebenarnya, catatan masa agak teruk tetapi saya sudah buat yang terbaik.
"Saya perlu fokus untuk mencapai misi memecahkan rekod," katanya.

Reaksi Azeem Fahmi selepas melihat saingan dari Thailand, Puripol Boonson bersahaja melakukan catatan 10.23s di aksi saringan.#RhineRuhr2025 @ASTROARENA pic.twitter.com/Tgh5iG6RRX
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 22, 2025