Berbaki dua hari sebelum Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr melabuhkan tirai dan kem memanah berada di landasan terbaik menyumbangkan pingat kedua negara.
Trio recurve wanita, yang dibarisi Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Zairi dan Alia Qursyiah Mazlan, menempatkan diri dalam penentuan pingat gangsa berdepan China
Aura Olimpian yang dibawa Syaqiera dan Ariana Nur Dania bersama Alia Qursyiah terserlah di Sportspark Am Hallo, Essen untuk ke separuh akhir buat julung kalinya dengan mengatasi Korea Selatan 5-1.
Sayangnya, Jepun telalu ampuh untuk ditewaskan dalam penentuan ke final untuk trio negara itu akur tewas 2-6, sekali gus meneruskan misi merebut pingat gangsa dalam penentuan tempat ketiga malam ini.
"Alhamdulillah, prestasi kami boleh dikira membanggakan," kata Syaqiera kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
"Kerana kami sudah mencuba untuk berjuang dan kami tidak meletakkan sasaran emas, kami hanya mahu memberikan panahan terbaik.
"Saya memang berkeyakinan dengan pasukan ini kerana kami memiliki pengalaman masing-masing untuk dikongsikan sehingga dapat melayakkan diri ke separuh akhir," katanya.