Hasrat Fu Cern Put Thai untuk mencipta sesuatu dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine Ruhr 2025 tidak berhasil apabila tewas awal dalam pusingan pertama.
Dia tumbang 0-2 di tangan Enes Kaplan dari Turkiye dalam kategori individu 58 kilogram yang turut menawarkan pingat hari ini.
Atlet berusia 23 tahun itu menganggap beberapa kesilapan yang dilakukan dalam acara individu ini dapat dijadikan pengajaran menjelang acara keduanya dalam kyurogi berpasukan.
"Saya sudah buat yang terbaik malah turut berasa yakin.
"Tapi rezeki masih tidak memihak saya.
"Punca kekalahan kali ini merupakan kesilapan mudah.
"Jadi saya harus berlatih dengan lebih tekun lagi untuk menghadapi acara seterusnya," katanya.
Kekalahan ni turut menyaksikan kem taekwondo ini masih buntu tanpa sebarang pingat berbaki tiga hari sebelum mereka menutup kempen kali ini.