Skip to main content

Universiade

WUG: Kem olahraga timba pengalaman berharga menuju Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malik.jpg
Selepas berakhir perjuangan kem olahraga di saingan Sukan Universiti Dunia (WUG), Malik Tobias selaku pengurus pasukan tidak menganggap penyertaan dalam edisi kali ini merupakan suatu kegagalan.

Meskipun tidak berhasil mencapai sasaran yang ditetapkan, ia tetap menjadi pengajaran penting buat anak buahnya yang bakal beraksi di temasya Sukan Sea Thailand serta Sukan Universiti Asia 2026 di Malaysia.

"Mereka lihat sendiri pencapaian, kedudukan serta standard mereka di temasya ini tetapi ini semua pengalaman dan mereka boleh guna pakai pada masa akan datang.

"Temasya Sukan Universiti Asia tahun depan memang kita akan lakukan persediaan lebih awal dan kita telah menjangkakan akan datang memang akan ada pingat buat negara," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Kamal Nizam.

Dalam pada itu, pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Umar Osman menjelaskan mengenai prestasinya di Jerman yang jauh berbeza jika dibandingkan ketika edisi tahun lalu di Chengdu, China.

Umar tidak mahu memberi alasan malah berjanji untuk bangkit tingkatkan prestasinya pada masa akan datang.

"Saya dah berjumpa pelari-pelari hebat daripada beberapa negara yang bertanding di Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Sukan Universiti tahun lalu.

"Tahun ini ramai juga yang hebat seperti pelari daripada Afrika Selatan, saya boleh menyesuaikan diri cuma prestasi saya kali ini agak kurang kerana kesilapan diri sendiri," jelas Umar.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video