Jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang, kurang bernasib baik di temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) apabila menghadapi masalah kesihatan sehari sebelum pertandingan bermula.
Kekangan itu sedikit sebanyak merencatkan prestasinya di Jerman, sekali gus menggagalkan misinya mengejar rekod kebangsaan.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak menjejaskan semangat juang Jonah yang terus memburu kejayaan dalam memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri sekali lagi tahun ini.
"Waktu itu saya tidak berharap dan hanya buat yang terbaik sahaja, kejohanan selepas ini saya harap dapat lebih berhati-hati semasa latihan dan tidak alami seperti ini.
"Waktu itu saya sasarkan mahu peringkat akhir, sebenarnya sebelum itu semasa latihan juga lebih kurang 18 meter juga tetapi pertengahan pertandingan saya demam pula.
"Tidak berapa bagus untuk saya tetapi saya sudah usaha sebaik mungkin," katanya.