Kurang rehat bukan alasan untuk jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, melangkah ke separuh akhir 200 meter Sukan Universiti Dunia (WUG) walaupun hanya 15 jam tempoh berehat selepas beraksi dalam final 100 meter.
Azeem mencatat masa 21.26 saat dalam pusingan pertama untuk menamatkan saingan di tempat keempat bagi mengekori juara 100 meter, Bayanda Walaza.
Pelajar Universiti Auburn yang hanya pernah membuat satu penampilan dalam acara 200 meter tahun ini -- dengan catatan peribadi terbaik 20.79 saat -- berharap kedudukan lorong dalam separuh akhir kelak dapat membawa tuah.
Seorang lagi wakil negara, Pengiran Aidil, terpaksa akur menamatkan saingan awal di kedudukan kelima dengan masa 21.69 saat, sekali gus gagal meneruskan perjalanannya dalam WUG.
"Saya sangat berharap mendapat lorong di luar, bukan di dalam.
"Lorong dalam ni tidak memberi kelebihan kepada larian saya yang berkaki panjang.
"Saya harap dapat lolos, itulah matlamat utamanya esok," katanya.