Skip to main content

Sukan Lain

WUG: Azeem Fahmi optimis kuartet 4x100m mampu lebur rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zeem-f.jpg
Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, teruja serta yakin mampu memecah rekod kebangsaan 4 x 100m (meter) bersama rakan sepasukannya dalam masa terdekat.

Ia susulan kehadiran ramai atlet pecut muda berpotensi yang boleh diserap masuk ke dalam kuartert negara seperti Danish Iftikhar yang mencuri tumpuan ketika Kejohanan Cahaya Mata Sarawak Super Series 1 di Stadium Merdeka pada Mei lalu.

"Sekarang kita tahu kita mempunyai ramai pelari pecut bukan sahaja di peringkat senior malah di peringkat junior juga seperti Danish Ifti-Khar yang mencatatakan masa 10.3 saat.

"Ianya memang luar biasa kerana dia masih muda, susah sebenarnya nak lihat pelari pecut muda untuk catat rekod masa tersebut.

"Harapnya untuk Sukan Sea 2025 kami diberi peluang untuk berganding bahu menggalas tugas negara di pentas itu sebab bagi saya tidak mustahil kami mampu memecah catatan masa 39 saat, selagi kami percaya satu sama lain, yakin dan fokus dengan apa yang kami lakukan," katanya.

Sementara itu, Azeem yang baru sahaja pulang dari temasya Sukan Universiti Dunia akui sedikit kecewa apabila gagal jelmakan pingat namun tetap berbangga dapat kembali beraksi dalam acara 100 meter di pentas WUG.

"Catatan 10.35 saat itu masih tidak memuaskan hati saya dan untuk saya sendiri, saya akan menilai kembali prestasi bersama jurulatih sebagai persiapan untuk kejohanan seterusnya.

"Saya tidak sabar untuk beraksi di kejohanan itu iaitu Kejohanan Olahraga Dunia Terbuka India yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2025," tambah Azeem.

Advertisement

Must Watch Video