Khiew Hoe Yean memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 400 gaya bebas, menjadi perenang Asia Tenggara terpantas dalam sejarah.
Beliau juga memenangi pingat perak dalam acara itu untuk menjadi perenang Malaysia kedua memenangi pingat di Kejohanan Sukan Universiti Dunia (WUG).
Hoe Yean menduduki tempat kedua dalam acara 400 lelaki, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 minit 47.38 saat, memecahkan rekod kebangsaan miliknya 3:48.36s yang dicatatnya April tahun lalu.
Dia memulakan perlumbaan dengan sangat lancar dan terkawal.
Dia berada di tempat kelima ketika perlumbaan melewati 150 meter sebelum melonjak ke tangga ketiga selepas 200m di mana dia melakukan catatan masa 1:52.61.
Hoe Yean kemudia jatuh ke tempat keempat sebelum melakukan pecutan pada 50m terakhir untuk meraih pingat perak.

Medal pertama negara di WUG? ✅
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 17, 2025
Pecah rekod kebangsaan dan perbaharui PB acara 400m gayabebas✅
Tamatkan kemarau pingat kem renang selepas 34 tahun ✅
This is Khiew Hoe Yan, everyone???#RhineRuhr2025 @ASTROARENA pic.twitter.com/nn0lzZirKH