Aryna Sabalenka menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, dengan kemenangan 6-2, 2-6, 6-1 hari ini untuk layak ke penentuan gelaran WTA Finals.
Swiatek tidak pernah tewas sebarang set sepanjang minggu ini di Fort Worth dan layak ke separuh akhir selepas meraih kemenangan set langsung ke atas Coco Gauff, Caroline Garcia dan Daria Kasatkina.
Memerlukan permulaan cemerlang bagi mencerahkan peluangnya berdepan bintang Poland berkenaan, Sabalenka berhasil melakukannya dengan menewaskan Swiatek ketika ketika memegang servis dalam set pertama.
Biarpun Swiatek kembali mempamerkan permainan terbaiknya untuk memenangi set kedua, kesilapan kembali menghantuinya dalam set penentuan, di mana dia melakukan dua faul berganda dalam setiap set selain hanya memperoleh lima winner sepanjang tempoh berkenaan.
Sabalenka, dalam pada itu, memenangi lima game berturut-turut hasil kekuatan servis ace miliknya untuk mengesahkan lauan ke final.
Dia seterusnya akan bertemu Caroline Garcia bagi penentuan gelaran esok selepas pemain Perancis itu menundukkan Maria Sakkari 6-3, 6-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

A triumphant effort ?@SabalenkaA completes the upset over World No.1 Swiatek, 6-2, 2-6, 6-1 and will now take on Garcia in the championship final! ?#WTAFinals pic.twitter.com/pcLHwzf2h3
— wta (@WTA) November 7, 2022