Skip to main content

Tenis

WTA Finals: Caroline Garcia raih gelaran pertama atasi Aryna Sabalenka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

caroline-garcia.jpg
Caroline Garcia bergelar juara Kejohanan Tenis WTA Finals musim ini selepas menewaskan Aryna Sabalenka 7-6, 6-4 di Forth Worth hari ini.

Dalam laluannya ke final, dia menewaskan Coco Gauff, Daria Kasatkina dan Maria Sakkari, di mana kekalahan tunggalnya hanya kepada pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, yang disingkirkan Sabalenka dalam separuh akhir semalam.

Berdepan Sabalenka, Garcia menunjukkan betapa dia mempunyai kekuatan servis, di mana dia berhasil melakukan 10 ace dalam set pertama.

Dalam perlawanan terbesar dalam kariernya itu, Garcia mempamerkan kecemerlangannya dengan hanya melakukan 10 'unforced error' dengan 24 winner dan hanya melakukan satu faul berganda.

Biarpun dia berada di luar kelompok ranking ke-70 terbaik dunia di peringkat sama tahun lalu, Garcia kini dijangka akan melonjak ke kedudukan terbaiknya, iaitu di ranking keempat dunia, susulan kejayaan terbaru itu.
 

Advertisement

Must Watch Video