Skip to main content

Sukan Lain

WTA Akhir: Pencapaian terbaik Wozniacki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

291017carolinewozniacki.jpg
Caroline Wozniacki mengakhiri badi bertemu Venus Williams dengan kemenangan straight set untuk merangkul gelaran WTA Akhir buat pertama kali dan pencapaian terbaiknya sepanjang karier.

Williams memenangi kesemua tujuh pertemuan berdepan pemain pilihan keenam itu tetapi Wozniacki akhirnya menemui ramuan untuk mengetepikan pemain veteran dari Amerika Syarikat itu dengan kemenangan 6-4, 6-4 di Singapura hari ini.

Wozniacki, yang mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang kejohanan berlangsung, berjaya mengawal ketika beraksi dalam tekanan untuk mengakhiri musim 2017 dengan kemenangan terbesar dan memaksa Williams terus menantikan gelaran WTA yang ke-50 dalam kariernya.

Pemain tenis kelahiran Denmark itu, yang merupakan naib johan dalam kejohanan yang sama pada tujuh tahun lalu, akhirnya berjaya mencipta kejayaan terbaik dalam kariernya.

Advertisement

Must Watch Video