WSBK Portugal: Hafizh Syahrin akhiri perlumbaan di tempat ke-18


Ogos 11, 2024 18:00 MYT
Hafizh Syahrin sekadar berjaya menamatkan perlumbaan pertama WSBK Portugal di tempat ke-18.
Hafizh yang mewakili JDT Racing Team ketinggalan sebanyak 40.761 saat di belakang pendahulu, Toprak Razgatlioglu dari Turkiye yang juga sedang mengungguli kedudukan teratas pungutan mata keseluruhan ketika ini.
Walaupun kehadiran Hafizh hanyalah sekadar jemputan, namun usahanya tidak terhenti memandangkan ada baki satu lagi perlumbaan.
#GP Portugal #WSBK
;