MOTOGP
WSBK: JDT Racing Team bakal berlumba di Portugal secara wild card
Pasukan JDT Racing Team menerima tiket peluang khas untuk menyertai Kejuaraan Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal.
Dalam satu kenyataan di media sosial pasukan itu, Hafizh Syahrin Abdullah akan menyertai perlumbaan yang bakal berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos itu dengan mempertaruhkan Ducati Panigale V4R yang mempunyai spesifikasi sama seperti jentera milik penyandang juara dunia, Alvaro Bautista.
JDT Racing Team juga akan mendapat bantuan pasukan teknikal daripada Ducati Factory dan akan menggunakan tema JDT dalam perlumbaan itu.