WRC 2024: Sebastien Ogier padam rekod Alen, muncul juara Rali Portugal buat kali keenam!

Raja Zaid
Mei 13, 2024 09:39 MYT
Pemandu jentera Toyota Yaris, Sebastien Ogier mencatatkan kemenangan kali keenam muncul juara pusingan perlumbaan Rali Dunia (WRC) Portugal.
Ia sekaligus menyaksikan beliau kini mengatasi rekod kejuaraan yang pernah dicatatkan oleh pelumba Markku Alen pada siri perlumbaan Portugal iaitu pada pada era 1970-an dan 1980-an.
Ogier yang juga merupakan juara dunia lapan kali itu bagaimanapun enggan meletakkan penanda aras yang dibuat Alen sebagai titik nokhtah, sebaliknya mahu terus merekodkan kemenangan dalam Rali Portugal pada masa akan datang.
Dalam perlumbaan yang berlangsung semalam Ogier selesa mengenepikan saingan pencabar terdekatnya Ott Tanak yang memandu Hyundai dengan kelebihan 7.9 saat untuk muncul selaku juara.
Manakala seorang lagi pemandu Hyundai, Thierry Nauville pula sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Tanak.
Ogier yang sebelum ini turut muncul juara pada pusingan perlumbaan yang berlangsung di Croatia turut mensasarkan untuk mengulangi skrip yang sama pada siri perlumbaan seterusnya iaitu Rali Italia yang bakal berlangsung pada Jun depan.
#WRC #Hyundai #Ogier #Toyota
;