Elina Svitolina enggan terbawa-bawa dengan kebarangkalian menempah slot perlawanan akhir buat kali pertama selepas mengatasi Karolina Muchova untuk melangkah ke separuh akhir dalam saingan Wimbledon, semalam.
Svitolina menjadi pemain wanita Ukraine yang pertama melangkah ke separuh akhir selepas merakamkan kemenangan 7-5, 6-4 ke atas Muchova di Gelanggang No.1.
Bekas pemain nombor satu dunia, Simona Halep, menjadi halangan seterusnya buat pilihan kelapan itu.
Berpeluang untuk melangkah ke final buat kalipertama, Svitolina menolak soalan tersebut dengan menegaskan dia belum bersedia untuk meletakkan sasaran yang tinggi dalam kariernya.
"Ia amat menakjubkan. Tetapi saya enggan cuba terlalu memikirkannya," katanya.
Svitolina berpandangan sebarang kejayaan melangkah ke final mampu membenarkan dirinya beraksi dengan lebih bebas pada masa akan datang.
"Ia akan memberikan anda motivasi tambahan serta keyakinan untuk masa akan datang.
"Saya sangat gembira melangkah ke peringkat ini. Saya telah berusaha dengan baik dan kini berpeluang beraksi dalam separuh akhir Wimbledon. Ia sesuatu yang sangat istimewa," ujarnya.
Svitolina telah tersingkir di peringkat suku akhir sejak beberapa grand slam yang lalu, termasuk Terbuka Australia tahun ini.
"Saya berasakan telah banyak belajar untuk lebih bersabar kerana menghadapi perlawanan suku akhir yang sukar sebelum ini.
"Ia merupakan satu pengalaman dan membantu saya melangkah ke separuh akhir kali ini."