Skip to main content

Tenis

Wimbledon: Novak Djokovic dalam misi rangkul kejuaraan ke-25 Grand Slam.

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

djokovic.jpg
Jaguh Serbia, Novak Djokovic, meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menundukkan Flavio Cobolli dalam pertarungan empat set 6-7, 6-2, 7-5, 6-4 dalam Kejohanan Wimbledon.

Dalam perlawanan itu, Djokovic, yang turun dalam misi merebut Grand Slam ke-25 buat dirinya tampil dengan aksi memukau daripada segi servis yang cemerlang dengan merekodkan 13 aces dalam aksi itu walaupun diberikan tentangan hebat oleh Cobolli dalam ke semua permainan.

Perlawanan yang memakan masa tiga jam 11 minit itu jelas memihak Djokovic dengan pengalaman dan persediaan mental serta fizikal menjadikan jurang antara kedua pemain itu.

Selepas ini, Djokovic akan berdepan Jennik Sinner dalam aksi separuh akhir untuk menentukan kemaraan ke final Kejohanan Wimbledon.

Mampukah Djokovic balas dendam ke atas Sinner ketika kekalahan dalam Terbuka Perancis Jun lalu ?

Advertisement

Must Watch Video