Skip to main content

Tenis

Wimbledon: Jannik Sinner di landasan tepat rangkul kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sinner.jpg
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas membenam Ben Shelton secara straight set 7-6, 6-4, 6-4.

Dalam perlawanan itu, Shelton, jelas tidak dapat menghalang kemaraan jaguh Itali itu dengan keunggulan mendominasi aksi daripada segi servis serta kawalan gelanggang.

Namun, pada satu ketika Sinner terpaksa mendapatkan rawatan di bahagian siku, tetapi ia tidak menghalang Sinner untuk merekodkan kemenangan bergaya pada set kedua dan ketiga.

Untuk rekod, Sinner berjaya mendapat tujuh aces dalam aksi itu dan turut dibantu enam double faults Shelton untuk menempah slot ke pusingan separuh akhir.

Selepas ini, Jannik Sinner akan berdepan Novak Djokovic dalam aksi separuh akhir untuk menentukan kemaraan ke final Kejohanan Wimbledon.

Advertisement

Must Watch Video