Skip to main content

Tenis

Wimbledon: Alcaraz dalam landasan tepat kekalkan status juara bertahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alcaraz.jpg
Pemain tenis terkemuka Sepanyol, Carlos Alcaraz, berjaya menempah slot ke separuh akhir selepas cemerlang membenam cabaran Cameron Norrie dalam aksi straight set 6-2, 6-3, 6-3.

Dalam perlawanan itu, Norrie, jelas tidak dapat bersaing dengan juara bertahan itu dengan keunggulan Alcaraz mendominasi aksi daripada segi servis serta kawalan gelanggang.

Finalis Sukan Olimpik Paris itu hanya memerlukan satu jam 39 minit untuk melengkapkan kemenangan bergaya itu.

Juara Grand Slam lima kali ini berjaya mencatatkan 13 aces dan turut dibantu tiga double faults Norrie untuk pemain berusia 22 tahun ini mengetepikan cabaran lawannya.

Selepas ini, Alcaraz akan bertemu Taylor Fritz dalam aksi separuh akhir untuk menentukan kemaraan ke final Kejohanan Wimbledon.

Advertisement

Must Watch Video