Skip to main content

Sukan Lain

WDSF Dancesport Terbuka Malaysia 2025: Misi getir  Ken Vin Ooi-Zoe Tan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dancespoirt.jpg
Bumi vietnam jadi penentu misi getir gandingan dance sport negara, Ken Vin Ooi-Zoe Tan dalam memastikan sukan tarian relevan dipertandingkan pada temasya dwitahunan Sukan SEA 2027 di mana Malaysia diberi kelebihan menjadi tuan rumah.

Cukup menyedari kekuatan pesaing daripada Vietnam, China dan Filipina yang lebih berpengalaman, Ken Vin-Zoe Tan tidak berdepan tekanan untuk tampil dengan aksi terbaik di Kejohanan Asia WDSF dan Kejohanan Asia Tenggara yang bakal bermula esok.

Bersaing bagi kategori standard adult, latin adult dan single dance, waltz, jive serta rumba, kelebihan tenaga usia muda dimiliki akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menonjolkan gerak tari yang lebih matang.

Walaupun kejohanan itu merupakan debut buat mereka, latihan yang disifatkan sudah mencukupi tingkatkan keyakinan mereka untuk cuba mendominasi pungutan mata dari setiap aspek pemarkahan.

17 hari sahaja lagi ke WDSF Dancesport Terbuka Malaysia 2025 dan seperti biasa, Astro Arena 2 akan bersiaran bagi menyaksikan segala kerancakan saingan tarian latin, solo dan standard di mana 25 negara bakal berentap termasuk penari-penari handalan dunia.

Advertisement

Must Watch Video