Penari latin nombor dua dunia, Cherry Yeo Xiau Wei, sekali lagi mencipta sensasi selepas merangkul gelaran juara Latin Solo Wanita Dewasa (WDSF) DI Piala Tarian Prestige Paris 2025, hari ini.
Dia memberikan saingan kepada 12 atlet dari negara lain dengan persembahannya yang memberikan fokus pada teknikal dan bersemangat mencuri tumpuan juri dan penonton yang hadir.
Naib juara disandang oleh wakil dari Hong Kong, Lai Hoi Ting, dan tempat ketiga daripada wakil tuan rumah, Camile Ganimede.

Terdahulu, dia turut menyambar pingat emas daripada pelbagai kejohanan di Mallorca, Serbia, London, dan kini di Perancis sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai penari latin solo paling berjaya yang dimiliki negara.
Dia dalam mempersiapkan diri menjelang kejohanan dunia di Breman, Jerman, pada Jun ini.