World Corporate Golf Challenge (WCGC) Malaysia 2025 kini kembali dengan misi yang lebih besar.
Penasihat kejohanan, Mohd Salim Mohamed Sain, menyasarkan untuk menjadikan edisi kali ini sebagai medan terbaik bagi mencari wakil negara ke World Final di Shanghai, China yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Berbanding pencapaian edisi lalu di mana Malaysia berjaya meraih tempat ketiga terbaik, Salim meletakkan sasaran lebih tinggi – muncul sebagai juara dunia- dengan dia turut yakin dengan pemilihan peserta yang lebih kompetitif selain komited impian ini mampu direalisasikan.
“Kami bercita-cita untuk membawa pemain baru yang bagus dan baik dan menang di sini untuk menjuarai kejohanan di sana dan ikutkan kepada sejarah masa mula-mula Malaysia bertanding dalam (kejohanan) itu, dua tahun berturut-turut Malaysia johan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Antara usaha menarik perhatian ialah kehadiran legenda sukan negara, Safee Sali, yang dijemput untuk turut serta sebagai peserta. Kehadiran beliau bukan sahaja menyuntik semangat juang kepada para pemain korporat, malah menambahkan daya tarikan kejohanan.
Majlis pelancaran rasmi WCGC Malaysia 2025 telah berlangsung hari ini dan disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang juga Penaung Diraja kejohanan.
“Kita akan membawa bersama kita mereka yang contohnya ahli-ahli sukan ke kejohanan final antaranya yang kita lihat sekarang ini Safee Sali dia bekas pemain bola sepak negara yang pernah bermain untuk kelab di Malaysia dan juga kelab di Indonesia.
“Dan kini dia telah lama bersara dan di kita anggapkan sebagai legenda negara kita. Itupun kita. Saya pun telah mendapat restu maklum dari Tuanku Raja Muda tadi dan alhamdulillah bend aitu mendapat perkenan Tuanku, ujarnya lagi.
Pertandingan dijadual berlangsung dari Mei hingga September di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, memberi peluang luas kepada syarikat dan pemain golf profesional tempatan untuk menyinar.
Dengan sokongan padu dan inisiatif segar, WCGC Malaysia 2025 dijangka lebih meriah dan kompetitif, membuka ruang kepada Malaysia untuk mencipta sejarah di pentas dunia.

World Corporate Golf Challenge (WCGC) Malaysia 2025 dilancarkan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ?️
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) April 23, 2025
Misi mencari siapa yang akan mewakili Malaysia di WCGC World Final Shanghai pada 19-23 Oktober 2025 ?
Tahun lepas no. 3, tahun ni pula? ?
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/8xFR98GBAB