Skip to main content

Sukan

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menang Anugerah Siebel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

finaa.jpg
"Ini bukti wanita mampu capai tingkat tertinggi dalam bidang majoriti lelaki"

Berikut merupakan luahan Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, selepas dinobatkan Anugerah Laporan Khas Terbaik dan juga buat pertama kalinya meraih Anugerah Siebel dalam kariernya.

Bagi Fina, pencapaian merangkul anugerah tertinggi itu tidak mungkin dikecapinya tanpa sokongan pelbagai pihak.

"Ini berkat doa kedua orang tua dan keluarga serta orang yang selalu memberikan sokongan kepada saya. RTM tempat saya dilahirkan, Berita Harian dan Astro Arena tempat saya membesar." katanya.

katanya pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2024, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berjaya meraih Anugerah Laporan Berita Terbaik kategori Media Elektronik, mengenai Teknologi Institut Sukan Negara dalam membantu skuad sepak takraw negara.

Menariknya, Fadhirul baru sahaja memenangi Anugerah ISN hasil daripada karya yang sama.

Tidak lupa juga pengulas sukan Astro Arena, Aiman 'Sekaiichi' Roshizam, yang dinobatkan sebagai Anugerah Pengulas Popular SAM.

Kemenangan itu sekali gus meneruskan pemcapaian dua tahun Astro Arena untuk kategori pengulas popular selepas Suzana Basri memenangi anugerah itu tahun lalu.

Turut tercalon sebagai finalis adalah Kamal Nizam menerusi Ulasan Berita Terbaik (Media Eletronik), Faizal Bazari dalam Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik) dan Saufi Tahir menerusi Laporan Khas Terbaik.

Advertisement

Must Watch Video