Wakil pickleball akan main di Kejohanan Dunia
Najmi Iman
Mei 20, 2024 20:34 MYT
Mei 20, 2024 20:34 MYT
Mohd Faizal Othman dan Razlan Rawi daripada Echo Sports Management (ESM) Internationale, menjadi wakil negara dalam sukan pickleball untuk ke Amerika Syarikat (AS) selama tiga minggu.
Justeru, mereka akan menyertai beberapa kejohanan sepanjang Oktober kelak.
Sebagai rekod, dua pemain itu berada di ranking ke-16 Asia selain meletakkan sasaran di peringkat lebih tinggi dalam jelajah Kejohanan Dunia Pickleball tahun depan.
"Kami sudah mencapai sasaran sebelum ini di Pickleball Asia Championship di Vietnam. Pada akhir bulan Ogos, kami akan terbang ke AS untuk menyertai beberapa kejohanan utama di sana selama tiga minggu sebagai persiapan ke Kejohanan Dunia di Bali, September ini.
Sementara itu, ESM Pickleball Internationale mula menjalinkan hubungan kerjasama bersama Universiti Malaya (UM) untuk menjadi hub utama selain membuka peluang untuk orang ramai menyertai dan menceburi sukan itu.