Skip to main content

Hoki

WACT: Malaysia hampir pasti ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-wanita-wact.jpg
Skuad hoki wanita negara kian menghampiri peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita (WACT) apabila menewaskan pasukan di tangga tercorot, Thailand, 2-0 dalam aksi terakhir pusingan roundrobin di  Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, Rajgir.

Dalam perlawanan itu, gol pukulan sudut penalti Nur Afiqah Syahzani Azhar meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-41 sebelum Nur Iman Adawiyah Mohd Suhaimi menggandakan kelebihan itu menerusi gol padangnya pada minit ke-53.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia untuk seketika melonjak ke tangga ketiga liga sepusingan itu dan perlu menunggu keputusan dua perlawanan lain untuk mengetahui nasib mereka.

Sebagai rekod hanya empat pasukan teratas pusingan roundrobin akan layak ke separuh akhir.

Peluang tampak cerah buat pasukan bimbingan Nasihin Nubli itu kerana jika Korea Selatan seri atau tewas kepada pasukan di tangga kedua, China, Malaysia akan layak ke separuh akhir.

 

Advertisement

Must Watch Video