Penganjuran perlumbaan berbasikal Vuelta a Espana nampaknya sedikit panas bermula Ahad selepas Menteri Belia Sepanyol, Sira Rego menemplak kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah kejohanan tersebut Javier Guillen ke atas protes Pro Palestin terhadap pasukan dari negara haram Israel, Premier Tech ketika berlangsungnya perlumbaan peringkat kelima.
Guillen menyifatkan protes yang berlangsung itu sebagai tindakan ganas yang cuba dilakukan terhadap pelumba yang menyertai kejohanan tersebut bagi edisi kali ini.
Namun Rego menjelaskan bahawa protes yang diadakan itu sebenarnya berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekacauan yang tidak diingini dan ia merupakan luahan sebenar dunia atas tindakan biadap rejim zionis terhadap penduduk palestin ketika ini.
Rego tegas berpendirian bahawa tindakan Israel ketika ini adalah sesuatu yang tidak berperi kemanusiaan dan zalim yang sukar untuk diterima oleh manusia sejagat.
Bagi rego, ia adalah satu bentuk keganasan sistematik yang sama sekali tidak boleh diterima sehingga menyebabkan wujudnya pembunuhan kejam dan krisis kebuluran membabitkan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak.
"Itulah sebenarnya tindakan keganasan paling kejam dan menakutkan dengan akibat tidak boleh dipulihkan terhadap seluruh masyarakat. Ringkasnya, ia adalah satu bentuk genosid," tulis Rego.
Malah Rego juga mendesak agar Guillen menilai dan menimbang semula penyertaan pasukan Premier Tech pada masa akan datang dalam Vuelta a Espana.
Dalam insiden pada Rabu sekumpulan aktivis melaungkan protes kekejaman Israel ketika pelumba Premier Tech melintasi satu daerah sepanjang laluan peringkat kelima perlumbaan.
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan tiga individu memegang kain rentang bertulis Neutrality is complicity. Boycott Israel, sebelum mereka diusir keluar oleh pegawai perlumbaan.
Beli Sekarang

Keselamatan Nombor Satu
Macam pelumba negara di jalan raya, keselamatan tetap nombor satu. Lengkapkan diri dengan helmet basikal yang ringan dan selesa.
Beli Sekarang