Skip to main content

Sukan Lain

VTF: Jerusha Jackson penuhi misi pecah rekod 1500m wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jerusha-jackson.jpg
Hari terakhir Grand Final Varsity Track and Field (VTF) menyaksikan satu lagi rekod kejohanan dipecahkan dalam acara 1500 meter wanita diamond yang menyaksikan peserta Universiti Sunway, Jerusha Jackson, melepasi garisan penamat dengan catatan 4:55.18 saat .

Lebih menarik apabila rekod yang dileburkan di UniSZA, Terengganu, hari ini tersebut merupakan rekodnya sendiri dalam sirkit kedua VTF.

"Saya turun pada hari ini dengan harapan yang tinggi untuk pecahkan rekod kerana sedar berada dalam kecergasan terbaik.

"Saya pada mulanya berasa agak berdebar-debar memikirkan untuk berlumba dalam keadaan hujan. 





"Apa pun, saya bersyukur segala kerja keras berbaloi," katanya.  

Dalam saingan lelaki pula, Ahmad Izzat Irfan, daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan 4:22.87s.

Bagaimanapun, Ahmad Izzat, tetap tidak berpuas hati dengan catatannya dan menganggap ia kesempatan buatnya menyesuaikan diri dengan cuaca yang tidak menentu ketika berlumba. 

"Kami tidak merancang untuk larian pantas, (sebaliknya) kepada taktikal," katanya.

Advertisement

Must Watch Video