Skip to main content

Sukan Lain

VTF: Gelaran juara lompat tinggi lonjak keyakinan Farrell

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farrell-glenn-felix-jurus.jpg
Keadaan cuaca yang tidak menentu menimpa atlet lompat tinggi diamond lelaki dalam Grand Final Varsity Track and Field (VTF) di UniSZA, Terengganu, hari ini.

Ini musim kedua mereka memulakan lompatan dalam cuaca panas disusuli hujan.

Namun, ia tidak menggoyahkan atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS), Farrell Glenn Felix Jurus, yang membuat lompatan 2.05 meter untuk unggul sebagai johan.

Menurutnya, ini merupakan aksi pemanas badan sebelum ujian sebenar untuknya yang akan menghadapi Sukan SEA Thailand yang bermula 9 Disember depan. 

"Catatan saya untuk pertandingan agak memuaskan memandangkan perlu beraksi dalam perubahan cuaca panas ke sejuk. 

"Aspek lompatan saya juga perlu diperbaiki lagi," katanya. 


 
 

Advertisement

Must Watch Video