SEPAK TAKRAW
VSL: Kolej Komuniti Malaysia menang mudah ke atas UKM
Saingan hari pertama Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) 2023 menyaksikan kategori elit acara antara regu menyaksikan Kolej Komuniti Malaysia menang mudah ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi catatan 21-6, 21-7.
Walaupun saingan di ketiga-tiga sirkit, perjuangan KKM sekadar melepasi pusingan ketiga.
Pasukan itu bernafsu besar untuk muncul juara di grand final.
Tambah Hisham, keistimewaan KKM terletak kepada setiap pemain yang memiliki kelebihan tersendiri dan mampu dianggap sebagai senjata rahsia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan beregu pilihan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) A pula tidak berhadapan sebarang masalah menundukkan Universiti Putra Malaysia dalam aksi pertama peringkat kumpulan, kategori premier.
Berada dalam kelompok lapan terbaik, sudah pasti bukan saingan mudah namun UiTM A hanya berhadapan dengan kekangan kecil untuk cetak kemenangan straight set 21-17, 21-19 dalam acara beregu.
Feeder UiTM, Akmal Hakim Tajuddin, menganggap ia sebagai pembukaan yang cukup baik memandangkan sasaran UiTM adalah muncul juara dalam grand final kali ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.