Skip to main content

Sukan Lain

VSL 2025: UMK B lakar kemenangan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vsl-2025.jpg
Kejohanan Grand Final Varsity Sepak Takraw League 2025 -- beregu elit Universiti Malaysia Kelantan B berjaya mencatat kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan A selepas mengatasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2-0.

Seperti dijangka, set pertama mudah buat pasangan UMK B apabila berjaya menang 15-9.

Meskipun USAS cuba bangkit di set kedua dengan memperkemas corak permainan, ianya belum cukup untuk menyekat hasrat UMK B yang menoktahkan kemenangan dengan keputusan 15-12.

Kemenangan itu menyaksikan UMK B yang buat julung kalinya beraksi di pentas grand final, berjaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Hasrat Kolej Komuniti Malaysia (KK MAS) B memburu slot ke pentas separuh akhir tidak kesampaian meskipun menang 2-1 ke atas Universiti Malaya B dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan acara regu elit.

Kedudukan terakhir peringkat kumpulan menyaksikan KK MAS menamatkan saingan di kedudukan ketiga di belakang juara, Poli B serta naib juara UPNM B yang mara ke separuh akhir.

Saingan separuh akhir bagi kategori premier dan elit dijadualkan berlangsung esok.
 

Advertisement

Must Watch Video