Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) B berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan A dalam saingan dalam Grand Final Varsiti Sepaktakraw League (VSL) di Shah Alam, hari ini.
UTHM B mendominasi perlawanan pada set pertama sebelum kesilapan mudah membawa padah.
Tambahan lagi, salah faham antara rakan sepasukan jelas menghukum UTHM A dalam kekalahan set kedua.
Walaupun dianggap seperti rutin sesi latihan, Abdul Malik Al-Farhan, mengakui tetap tidak mahu memberikan peluang buat pihak lawan mengutip mata sekali gus menempah slot ke pusingan akhir.
Pasangan beregunya, Muhamad Zarith Soffi, meletakkan sepenuh harapan untuk menjuarai keseluruhan kejohanan walaupun mereka bakal bertemu pesaing hebat iaitu UiTM A esok.
Ammar Hakim
Sat Dec 02 2023