Skip to main content

Sukan Lain

VSC: Peluang atlet universiti uji atlet kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vsc-2025.jpg
Varsity Sports Championship (VSC) 2025 bukan sekadar kejohanan peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), malah ia diangkat sebagai platform utama pemilihan atlet universiti ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang bakal menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah.

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub, mendedahkan tiada jaminan slot automatik buat atlet kebangsaan ke AUG 2026 tatkala pencarian bakat terus rancak berjalan. 

"Hasil maklum balas yang saya peroleh, ramai atlet yang berpotensi (dikenal pasti) melalui penganjuran VSC. 

"(Jadi) atlet kebangsaan perlu mengekalkan prestasi terbaik agar atlet lain boleh memberi saingan kepada mereka dalam VSC. 

"Dalam pendekatan pemilihan atlet, kami tidak boleh memilih kepada pertandingan semata-mata. Melalui kem pemilihan kelak, kami akan mengenal pasti daripada saintifik dan kecergasan. 




"Selain pertandingan, mereka perlu mengikuti program yang diaturkan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Pastinya, VSC 2025 bakal menjadi titik tolak kelahiran jaguh-jaguh baharu yang akan membawa cabaran negara, sekali gus membuktikan IPT bukan hanya gedung ilmu malah sebagai tapak melahirkan wira sukan negara.
 

Advertisement

Must Watch Video