Menjelang Sukan Universiti ASEAN di Kuala Lumpur tahun depan, Kejohanan Sukan Varsity (VSC 2025) tampil dengan langkah baru memperkenalkan sistem kluster sukan sebagai pendekatan positif buat pembangunan atlet di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).
Edisi kali ini akan menampilkan lapan kluster sukan utama merangkumi 22 acara, termasuk sukan raket, sukan tempur, sukan teknikal dan sukan minda.
Antara acara sukan yang akan dipertandingkan termasuk bola sepak, badminton, silat dan catur, sekali gus menjanjikan kepelbagaian acara dan ruang pertandingan yang lebih kompetitif.
Lebih menarik, VSC 2025 turut memperkenalkan kluster pembangunan sebagai inisiatif baru dalam mengembangkan sukan berpotensi tinggi seperti wall climbing, lawan pedang, mendayung dan bola baling dalam usaha mencungkil bakat baru di peringkat IPT.
Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Fazidah Mustafa, berkata kepada wartawasn Astro Arena, Husna Zainudin: "Apabila diklusterkan, ia lebih berfokus, jadi daripada segi belanjawan dan perancangan juga boleh dilakukan secara berfokus.
"Kalau sebelum ini, ia mungkin diletakkan di tempat-tempat berbeza. Kecemerlangannya tetap ada tetapi kami cuba untuk menambah baik."