Virandeep Singh mengungguli Anugerah Pemain Terbaik dalam Majlis Anugerah Kriket 2018 di Akademi Kinrara Oval, malam tadi.
Bagi pemain muda berumur 15 tahun itu, ini merupakan kali ketiga dia merangkul gelaran pemain terbaik.
Namun, dia menganggap anugerah itu sebagai permulaan lancar bagi musim 2019 dan memotivasikan dirinya untuk meningkatkan prestasi ke tahap lebih cemerlang pada masa akan datang.
Fokus utamanya kini adalah bagi membantu pasukan kebangsaan dalam kelayakan Piala Dunia pada Julai nanti.
"Anugerah peribadi tidak begitu penting buat pemain tetapi apa yang mustahak adalah untuk memacu sukan kriket negara ke peringkat seterusnya.
"Justeru, persiapan kami sangat penting," kata Virandeep.
Sementara itu, Astro Arena turut memenangi dua anugerah, masing-masing bagi Anugerah Rancangan Terbaik Mempromosi Sukan Kriket manakala wartawan sukan Nadi Arena, Bazly Azmi, memenangi kategori Liputan Media Terbaik.
"Kinrara Oval merupakan ikon buat sukan kriket Malaysia
"Cetusan idea yang diberikan ketua saya di Astro Arena, begitu juga dengan pemerhati sukan negara, akhirnya menyaksikan gelanggang ini dapat diselamatkan buat komuniti kriket (Malaysia) untuk terus beroperasi di sini dari peringkat akar umbi sehinggalah kebangsaan," kata Bazly.