Jurulatih skuad projek hoki lelaki kebangsaan, I. Vikneswaran, yakin dengan kredibiliti yang dimiliki untuk terus membimbing pasukan menghadapi saingan Piala Dunia Remaja 2025, November ini.
Jelasnya, pemain remaja negara memiliki potensi besar dan jika digilap sebaiknya, mampu menghadirkan gerun buat negara-negara kuasa besar hoki dunia.
Bagaimanapun, Vikneswaran menyerahkan keputusan tersebut kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), dan menerima segala keputusan dengan hati terbuka.
"Pasukan ini memiliki potensi. Kelayakan lalu mereka bermain dengan baik.
"Pasukan lain mempunyai lambakan pemain senior tetapi kita banyak mempertaruhkan bakat muda.
"Keupayaan skuad muda memang bagus, cuma dibezakan pengalaman," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Sebelum ini, beberapa nama turut dicanang bakal mengisi slot jurulatih skuad itu, antaranya Nor Saiful Zaini serta Dharma Raj Abdullah.
Keputusan muktamad siapa bakal mengisi kerusi panas tersebut hanya akan ditentukan KHM, awal minggu hadapan.