Skip to main content

Futsal

(VIDEO) Air mata ketua jurulatih gugur sebaik Malaysia layak ke Piala Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coach-futsal-malaysia.jpg
Ketua jurulatih skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam, tidak dapat menahan air matanya sebaik pasukannya mengesahkan kelayakan ke Piala Asia 2026 di Jakarta, Indonesia tahun depan.

Malaysia mengesahkan tempat ke kejohanan utama Asia itu selepas berada dalam kelompok tujuh pasukan naib juara terbaik hasil dua kemenangan dalam saingan Kumpulan G.

Skuad negara menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 dalam aksi pembukaan sebelum membelasah Bangladesh 7-1 dalam perlawanan kedua.

Meskipun tewas 0-4 kepada juara kumpulan, Iran, dalam aksi terakhir malam tadi, Malaysia tetap layak ke Jakarta hasil kelebihan beza jaringan dengan naib juara Kumpulan H, Myanmar.

Sejurus selepas tamat aksi terakhir berkenaan, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, sempat merakamkan detik di mana Rakphol kelihatan tidak dapat membendung emosinya sehingga menitiskan air mata.

Tonton video di bawah:

 
Harimau Malaya Jersey

Bangga Bersama Malaysia

Malaysia layak ke Piala Asia — masa untuk kita semua pakai Harimau Malaya jersey & raikan semangat negara.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video