Pemandu pasukan Red Bulls, Max Verstappen, mengakui mutu dan prestasi jenteranya dirasakan lebih baik ketika melalui sesi latihan bebas semalam, menjelang siri perlumbaan Grand Prix Sepanyol esok.
Verstappen, yang kini menduduki tangga ketiga dalam carta keseluruhan pelumba, memberikan reaksi yang positif selepas sedikit kecewa ketika terlepas peluang untuk menaiki podium di Grand Monaco minggu lalu.
Verstappen terpaksa berpuas hati selepas hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang musuh ketatnya, Oscar Piastri, dari pasukan McLaren Mercedes, yang berada di kedudukan ketiga.
Dalam sesi latihan bebas kedua semalam Verstappen mengakhiri sesi tersebut dengan mencatatkan masa ketiga terpantas selepas merekodkan 1 minit 13.070 saat.
Bagaimanapun catatan tersebut sedikit baik berbanding sesi pertama yang diharunginya iaitu 1 minit 14.085 saat walaupun ia merupakan catatan kedua terpantas keseluruhan di belakang Norris.
Musuh ketatnya iaitu pemandu McLaren Mercedes, Lando Norris yang mengakhiri sesi kedua dengan catatan keempat terpantas.
"Saya rasa lebih gembira dengan jentera saya buat masa ini walaupun kami masih belum lagi sampai di tahap yang kami inginkan. Bagaimanapun ia jelas memberikan petanda yang agak lebih positif." Jelas Verstappen sejurus selepas tamat sesi latihan tersebut.
Tambahnya lagi prestasi yang dicatatkan di Imola semalam masih lagi berada dalam tahap pertengahan dan dia yakin catatan tersebut mampu diperbaiki menjelang sesi kelayakan yang akan berlangsung hari ini.