Skip to main content

Tenis

Vekic sekat hasrat Konta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vekic-190617.jpg
Hasrat Johanna Konta untuk meraih kejuaraan pertama di gelanggang rumput terpaksa dilupakan selepas tewas di tangan Donna Vekic dalam final Terbuka Aegon di Nottingham, semalam.

Bermain di laman sendiri, Konta yang menduduki carta pemain kelapan dunia tampak bakal menjuarai kejohanan itu selepas mengharungi semua peringkat tanpa tewas dalam sebarang set.

Konta menang 6-2 dalam set pertama, namun kebangkitan Vekic selepas itu terus membuatkan pemain berusia 26 tahun itu buntu.

Vekic yang pernah menjuarai Terbuka Aegon sebelum ini bangkit untuk memenangi set seterusnya 7-6 (7-3) 7-5 untuk mengesahkan trofi itu buat kali kedua.

Dalam laluannya ke final, Vekic telah menewaskan pemain pilihan kelima dan keenam, Shelby Rogers dan Lucie Safarova.

Bagaimanapun, kemampuannya menumbangkan Konta yang berada 62 takuk di atasnya dalam kedudukan dunia jelas membuka mata semua pihak.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video