Skip to main content

Sukan Lain

Vasiljevs: MSN perlu luluskan permintaan Syakilla berlatih di Latvia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vasilejz.jpg
"Dia tidak mampu uruskan diri sendiri," itu pengakuan bekas jurulatih skuad karate-do negara, Andris Vasiljevs, mengenai Syakilla Salni Jefry Krishnan, menjelang mesyuarat khas di Majlis Sukan Negara (MSN), esok yang akan menentukan peluang jaguh kumite itu memburu tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Berat badan Syakilla mencapai 68kg -- jauh mengatasi kategori 55kg yang mahu disertainya -- kerana tidak mampu mengurus diri sendiri.

Atas faktor itu, Vasiljevs berharap MSN meluluskan permintaan menghantar Syakilla berlatih di Latvia bagi mengembalikan berat badan untuk mencabar kategori 55kg dalam kelayakan Sukan Olimpik.

Malah, Vasiljevs mendakwa beliau dia mendapat persetujuan Jawatankuasa Olimpik Latvia untuk menyenaraikan Syakilla dalam program khas mirip Program Podium negara itu.

"Mengurus dirinya sendiri adalah sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukannya. Saya mengetahui apa yang terbaik diperlukan Syakilla untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa dan kami mahu dia kembali ke tahap terbaik," kata Vasiljevs.

"Tiada pelan B, saya akan menunggu keputusan MSN terlebih dahulu. Vasiljevs telah banyak membantu saya dalam mencapai beberapa gelaran di pentas antarabangsa. Dia mengetahui apa yang saya perlukan," kata Syakilla pula.
 

Advertisement

Must Watch Video