Skip to main content

Sukan Lain

Varsity Olahraga: Kuartet 4x100 UTHM optimis jalani persiapan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uthm.jpg
Bersaing dalam salah satu acara tumpuan di  Kejohanan Grand Final Varsity Olahraga 2025 tidak menjadi masalah buat atlet 4x100m (meter) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Muhammad Faris asbullah.

Meskipun tiada yang memandang UTHM sebagai pencabar, namun bagi Faris, mereka sudah membuat persiapan terbaik demi memberikan tekanan buat barisan pelumba elit dari varsiti yang lain.

"Untuk persipan VFG kali ini lebih baik berbanding kejohanan sebelum ini, ada peningkatan.

"Kami sudah berlatih dan kali ini kuartet 4x100 lebih baik," katanya.


Bagi Faris, berlumba di atas balapan yang sama dengan atlet kebangsaan sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kuartet UTHM. Namun, ia juga adalah peluang untuk membuktikan mereka mampu bersaing dengan yang terbaik.


"Gementar ada tetapi kami jadikan itu sebagai penanda aras untuk mengejar pasukan lawan, kami mahu perbaiki catatan masa lalu dengan bersaing." ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video