Skip to main content

Sukan Lain

Varsity Olahraga: Hidayah Lukman sasar lontaran baling tukul besi sejauh 52 meter

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lontar.jpg
Dalam dunia olahraga tanah air, tumpuan kini terarah kepada Kejohanan Grand Final Varsity Olahraga 2025 yang bakal membuka tirai di Stadium Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) hujung minggu ini.

Antara bintang yang mencuri perhatian adalah Nur Hidayah Lukman yang merupakan pemenang gangsa Sukan SEA 2023 dari UPM menerusi acara baling tukul besi wanita. 

Selepas mencatatkan balingan 48.95m (meter) dalam siri terdahulu, Hidayah kini menyasarkan lontaran sejauh 52m di pentas akhir varsity kali ini.

"Persediaan saya kali ini saya sasarkan balingan melebih 52m, kerana tahun ini saya pernah mencapai 51m.

"Dengan persediaan saya sebelum ini, saya yakin boleh." katanya.

Menariknya, Hidayah kini dibimbing oleh Tan Song Hwa yang merupakan bekas jaguh jaguh baling tukul besi yang merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2009 dan mempertahankan gelaran itu pada edisi 2011 dengan lontaran 55.15m.

Dengan pengalaman kejuaraan dan rekod kebangsaan terdahulu 58.71m, Hidayah meluahkan rasa lega dan bersemangat kerana memiliki jurulatih yang berkelas tinggi di pentas serantau ketika ini.

"Saya saya sangat selamat sekarang kerana jurulatih saya merupakan bekas atlet juga. Sudah lama tiada jurulatih.

"Saya rasa jurulatih mampu bantu saya pertahankan pingat ataupun lakukan lebih lagi." ujarnya.
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video